Kamis, 04 Desember 2008

arti cinta sesungguhnya


CiNTa~

[1] Seni Berfikir

* Cinta Sejati itu tidak buta. Cinta itu dikurniakan kepada makhluk yang berakal. Kerana cinta memerlukan akal bg menilainya dari sudut mutu etikanya.

* Cinta itu bukanlah segala-galanya. w/pun ia penting dalam hidup, iman yang lebih penting dr cinta. Dengan adanya iman, barulah anda boleh menyintai dengan Cinta Sejati. Cinta juga perlu kpd akal krn cinta tergolong kepada hal nafsu.

* Cinta perlu ada pedoman/peraturan. Tanpa pedoman, cinta akan buta dan meraba-raba. Cinta Sejati tidak pernah menolak pedoman dan tidak lupa pada pedoman hidup, iaitu ISLAM.

* Cinta itu amanah. Ia bukan hak anda. Sebagaimana dengan halnya dengan diri anda, cinta juga adalah amanah utk memusnahkan atau memungkiri amanah yg lain.

* Cinta Sejati itu sifatnya total. W/pun anda cinta kpd kekasih anda, ia hny sebahagian dr cinta yang menyeluruh. Cinta Sejati itu adalah cinta kpd Pencipta anda, cinta kpd diri, ibu bapa, masyarakat, agama, dan dalam masa yang sama cinta kpd kekasih anda. Krn sifatnya total dan menyeluruh, maka Cinta Sejati akan menjadi adil. Ia meletakkan cinta pd yang berhak utk dicintai dan setakat mana patut dicintai. Ia tidak melebihkan cinta kpd kekasih shj hinggakan lupa pada cinta yg lain.

* Cinta Sejati tidak perlu disebut. Ia khas untuk anda. Ia bukan hak orang lain, jika anda beri Cinta Sejati, ia tidak semestinya dibalas krn anda tahu anda bercinta dibawah naungan Pencipta, yang tentu membalas kebaikan terhadap cinta anda yg putih bersih.

[2] Seni Merasa
* Cinta yang anda nikmati sedikit demi sedikit berkat kesabaran itulah yg lenih membahagiakan anda. Anda tidak perlu gelojoh dalam cinta. Ini kerana jika anda gelojoh, anda mungkin seronok sebentar shj tetapi merana sepanjang hayat.

* Merasa Cinta Sejati terhadap kekasih ialah mentakrif nikmat peringkat kedua, yang sederhana sifatnya, tidak melampau-lampau. Anda tidak terlalu terbawa-bawa oleh perasaan bila cinta anda sejati. Anda masih boleh membuat pertimbangan yg wajar.

* Jika kecewa bercinta, jangan hingga terputus asa, kerana rahmat Pencipta masih dikurniakan untuk anda. Cubalah rasai betapa beruntungnya anda mengecapi nikmatNya yang lain dan bersyukurlah kepadaNya.

[3] Seni Bertindak

* Jangan mendahului ketentuan, anda perlu banyak bersabar dalam bercinta. Bila sampai masanya anda akan dihalalkan untuk membuktikan cinta, barulah anda membuktikannya itulah Cinta Sejati.

* Jikalau anda berkenalan sebelum berkahwin, layanilah sekadar saja. Yang penting ialah menikahi pilihan yg dipersetujui keluarga anda, itulah ertinya menerima cinta, krn nikah adalah ikatan cinta.

* Menifestasi cinta anda hanyalah setelah bernikah. Berdoalah agar cinta itu diberkatiNya dan sentiasa mendapat rahmatNya. Pohonlah kepadaNya agar dikurniakan kepada anda nikmat Cinta Sejati yang tiada taranya.

* Cinta Sejati atau Cinta Suci itu tidak buta, cinta ini celik dan kecelikan cinta itu dapat mencelikkan pula yang lain. Cinta Sejati tidak buta dan tidak wajar dikatakan buta. Cinta yang buta ialah cinta yang ternoda.

* Cinta yang buta itu segalanya buta. Buta tentang cara dan peraturan cinta, buta tentang tanggungjawab cinta, buta tentang hikmah cinta malah bura tentang hakikat diri. Cinta yang buta itu cacat kerana ianya buta.

Sayangnya, ramai yg suka kpd cinta yang buta. Membiarkan dirinya dibawa arus gelora. Tersadai di celah akar pokok kecewa, lalu berkata ‘Cinta Itu Buta’. Cinta Sejati bukan seperti cinta Laila dan Majnun atau Romeo dan Juliet. Cinta Sejati adalah seperti cinta Rasulullah dan Khadijah, juga cinta seperti Saidina Ali dan Fatimah.

bukan aku tak kuat dengan cobaanmu ya allah cuma hendak mengadu pada mu tempatku tuk mengadu

Tidak ada komentar: